Showing posts with label Wonderland Melaka. Show all posts
Showing posts with label Wonderland Melaka. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 6

Lame benau tak post dalam blog ni sebab line internet x mari...maklumlah pakai brand cap ayam jadi nak online pun hilang mood...part yang last dalam post wonderland.


dah penat berendam,jom kite kasi urut urutan...hehehe
 


 
mak budak pun boleh join main kat tempat kanak2.... siap buat train lagi trun gelongsor ramai2 ;)




 
jangan lupa jadikan Taman Tema Wonderland Melaka sebagai destinasi liburan anda sekeluarga bila berkunjung ke Melaka :D

 

Friday, 18 January 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 5

Makan Time

 Bila dah berendam dalam air tu lama lama, apa lagi semuanya dah kebuluran...sejuk sejuk memang lapar jer perut tu.Maka, family cccm pun makanlah berjemaah.
 cccm nak bagi tahulah, macam biasa kalau dah namanya pun Theme Park harap maklum yang makanannya memang agak mahal sedikit dari biasa. Kalau anak sorang, takpalah kalau nak beli makanan kat dalam theme park ni, kalau ramai ramai sendiri mahu ingat.
 Masa nak masuk dalam theme park ini,pekerja pekerja bahagian cek in sangatlah skema hokey.Beg semua die orang check untuk pastikan yang rombongan cccm x seludup makanan..kalau perasan kat atas meja tu ada plastik kaler biru yang berisi makanan dari rumah, kalau nak tau macam mana boleh terlepas? Biarlah rahsia hehehehe....
 Mana boleh tahan kalau semua orang nak beli,boleh bengkok jawabnya. kami yang seludup makanan pun rasa tak cukup makan.Yerla dok berendam dalam air,mestilah cepat lapar kan..jadi kami cuma beli untuk top up saje perut yg separuh kenyang ni.
Walaupun dalam plastik tapi tetap berebut2 nak makan... yang penting kenyang dan boleh save untuk melencong ke lain plak :D








Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 4

Permainan

Tornado Chaser


Permainan ni sangat best. sesiapa yang nak main Tornado Chaser kena cari partner yang sama saiz untuk balance kan kita waktu dilepaskan nanti. Game ni juga agak extreme dan sangat best.Rugi betul cccm tak buat video waktu main game ni, tapi rasanya tak dibenarkan sebab cccm disuruh pegang pelampung tu kuat kuat.


Nampak tak bangunan tinggi tu? yang tingkat atas sekali untuk landing Tornado Chaser. Ramai sangat orang beratur waktu tu, punyelah jenuh manjat tanga tinggi tinggi tapi memang best sangatlah game ni. jangan lupa cuba tau :D

 My SIL with her husband, jangan pandang sebelah mata tau...memang otai tahap keberaniannya ;)


My son and his cousins <3







Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 3



ATTENTION !!!



Kepada sesiapa yang berada di kawasan berhampiran, cepat cepatlah grab kupon untuk dapatkan 'buy 1 free 1 ticket'... sila refer post Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland Part 1
Masa ini lah boleh bawak family pergi Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland beramai ramai. bila dah bawa family besar, takkan nak tidur hotel plak kopak poket nanti, bolehlah survey homestay cccm yang terletak berhampiran sangat dengan Melaka Wonderland boleh refer Accommodation Homestay cccm berada di Taman Air Keroh Height Melaka.



Tuesday, 15 January 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 2

Permainan

Antara permainan yang paling best salah satunyer macam kat bawah ni.... gayat seh...


mak mak budak pun boleh join...pertandingan kelajuan paling tinggi :D

Permainan ni dipanggil kamikaze race... memang pun berani mati. cccm mase mula mula dok kat atas tu sayup jer tengok ke bawah..hmmmm,nak turun ke taknak dahlah cccm ni memang gayat orangnyer. kalau cccm naik kamikaze race ni mesti laju gila sebab daya pecutan yang terhasil confirm tinggi ( F= ma)..hahaha sebab mass tinggi maka daya yang dihasilkan pun tinggi ;)

kamikaze race

Akhirnya cccm pun join ipar duai turun sekali....zupp laju sangat seperti yang dijangkakan. Sekelip mata cccm dah sampai ke bawah meminntas yang lain2.seronok sangat rasa macam nak mengulang tapi cccm malas nak memanjat ke atas sane tu,mengah dibuatnye.

amacam,sayup tak? ni baru dalam gambar belum yang life lagi..mase nak ride kamikaze race ni memang dup dap dup dap tapi seronok sangat.jadi bila anda semua datang ke Wonderland Melaka, jangan lepaskan peluang main kamikaze race ini :D











Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 1

Destinasi percutian yang akan cccm kongsikan di sini adalah lokasi yang paling hampir dengan tempat tinggal cccm di Melaka. Sebelum ini di Melaka terdapat A'Famosa Water World yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Wonderland terletak di Air Keroh Heights iaitu berhampiran dengan pintu masuk ke Melaka melalui to Air Keroh.Setakat ini cccm telah mandi manda di Wonderland sebanyak 4 kali semenjak dibuka. Apa yang menarik kat Wonderland?????
Jom cccm kasi tau:

Tiket masuk
Biasanya cccm akan dapatkan tiket water park ini dengan lebih murah berbanding harga yang tertera kat gambar atas ni. Macam mana nak dapatkan tiket murah buy 1 free 1 tiket? cccm akan pergi ke MATTA FAIR yang biasanya tiap2 tahun dan seluruh negeri pun involved dan cccm akan cari booth wonderland dan akan beli kupon yang berharga dalam rm15...sangat berbaloi ok kalau dapat beli kupon tu.Dalam kupon tu ada 10kupon. 
ok,cccm cuba terangkan sampai kawan2 semua faham.
ada 10 kupon
6 kupon dewasa
4 kupon kanak2
setiap kupon kita akan tunjuk kat kaunter masa nak beli tiket.setiap kupon itu akan dapat tiket masuk ke dalam sebanyak 2 pax.sebagai contoh, cccm ambil satu kupon then bawa ke kaunter untuk beli tiket,jadi bila ada kupon tu cccm cuma bayar rm30 untuk 2pax@2tiket tu....berbaloikan???itu baru satu kupon,yang berharga rm15 tu ada 10 kupon.memang sangat berbaloi.

Permainan
to be continue...... Part 2