Friday, 18 January 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 3



ATTENTION !!!



Kepada sesiapa yang berada di kawasan berhampiran, cepat cepatlah grab kupon untuk dapatkan 'buy 1 free 1 ticket'... sila refer post Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland Part 1
Masa ini lah boleh bawak family pergi Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland beramai ramai. bila dah bawa family besar, takkan nak tidur hotel plak kopak poket nanti, bolehlah survey homestay cccm yang terletak berhampiran sangat dengan Melaka Wonderland boleh refer Accommodation Homestay cccm berada di Taman Air Keroh Height Melaka.



Tuesday, 15 January 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 2

Permainan

Antara permainan yang paling best salah satunyer macam kat bawah ni.... gayat seh...


mak mak budak pun boleh join...pertandingan kelajuan paling tinggi :D

Permainan ni dipanggil kamikaze race... memang pun berani mati. cccm mase mula mula dok kat atas tu sayup jer tengok ke bawah..hmmmm,nak turun ke taknak dahlah cccm ni memang gayat orangnyer. kalau cccm naik kamikaze race ni mesti laju gila sebab daya pecutan yang terhasil confirm tinggi ( F= ma)..hahaha sebab mass tinggi maka daya yang dihasilkan pun tinggi ;)

kamikaze race

Akhirnya cccm pun join ipar duai turun sekali....zupp laju sangat seperti yang dijangkakan. Sekelip mata cccm dah sampai ke bawah meminntas yang lain2.seronok sangat rasa macam nak mengulang tapi cccm malas nak memanjat ke atas sane tu,mengah dibuatnye.

amacam,sayup tak? ni baru dalam gambar belum yang life lagi..mase nak ride kamikaze race ni memang dup dap dup dap tapi seronok sangat.jadi bila anda semua datang ke Wonderland Melaka, jangan lepaskan peluang main kamikaze race ini :D











Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 1

Destinasi percutian yang akan cccm kongsikan di sini adalah lokasi yang paling hampir dengan tempat tinggal cccm di Melaka. Sebelum ini di Melaka terdapat A'Famosa Water World yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Wonderland terletak di Air Keroh Heights iaitu berhampiran dengan pintu masuk ke Melaka melalui to Air Keroh.Setakat ini cccm telah mandi manda di Wonderland sebanyak 4 kali semenjak dibuka. Apa yang menarik kat Wonderland?????
Jom cccm kasi tau:

Tiket masuk
Biasanya cccm akan dapatkan tiket water park ini dengan lebih murah berbanding harga yang tertera kat gambar atas ni. Macam mana nak dapatkan tiket murah buy 1 free 1 tiket? cccm akan pergi ke MATTA FAIR yang biasanya tiap2 tahun dan seluruh negeri pun involved dan cccm akan cari booth wonderland dan akan beli kupon yang berharga dalam rm15...sangat berbaloi ok kalau dapat beli kupon tu.Dalam kupon tu ada 10kupon. 
ok,cccm cuba terangkan sampai kawan2 semua faham.
ada 10 kupon
6 kupon dewasa
4 kupon kanak2
setiap kupon kita akan tunjuk kat kaunter masa nak beli tiket.setiap kupon itu akan dapat tiket masuk ke dalam sebanyak 2 pax.sebagai contoh, cccm ambil satu kupon then bawa ke kaunter untuk beli tiket,jadi bila ada kupon tu cccm cuma bayar rm30 untuk 2pax@2tiket tu....berbaloikan???itu baru satu kupon,yang berharga rm15 tu ada 10 kupon.memang sangat berbaloi.

Permainan
to be continue...... Part 2



I Was Born In Melaka - Part 1

30 tahun yang lepas, cccm dilahirkan di Hospital Besar Melaka,belajar di Melaka dari sekolah rendah sampailah ke universiti.....alih2 bila posting kerja, hamik kau dapat kat Pasir Gudang, Johor. Syukur Alhamdulillah masih lagi berada di Semenanjung Malaysia.
Oleh kerana cccm dilahirkan di Melaka, apa kata cccm perkenalkan dulu negeri kelahiran cccm ini.


Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri BersejarahMelaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11.
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka

Monday, 14 January 2013

Lagu Favorite cccm

Salam Perkenalan Dari Cuti Cuti Cuci Mata (cccm)

cccm sebenarnya telah mula terjebak dengan dunia blog mulai hari ini (15.01.13) antara sebab2nya, baru hari ini cccm tahu macam mana nak buat blog, bagi blog lagi cantik…menarik, dan yang penting lagi perkongsian cerita sesama blogger dapat menambahkan lagi pengetahuan kita. Kita dapat berkongsi pendapat dan cerita, berkongsi tips dan macam2 lagi. Kredit to mr +Fairullah cos bagi kursus 2 hari pada cccm dan rakan2 sejawat yang lain :D
Oleh kerana cccm suka sangat berjalan, holiday sana sini  dan (walaupun mr hubby selalu bising2 kata cccm selalu buang duit) yang penting bila cccm ber ‘holiday’, cccm akan jadi lupa seketika masalah2 yang berserabut dalam kepala otak ni. Biasanya percutian cccm ni bergantung pada bajet, dan cccm akan pastikan yang percutian cccm ini tidak over bajet... bahaya tu. cccm selalunya akan study dulu di internet, cari tips nak bercuti ke mana, bajet nak stand by berapa dan cccm biasanya akan survey dalam blog2 kawan2 yang pernah bercuti ke tempat yang cccm aim….jadi dalam blog ini,cccm akan menceritakan bagaimana cuti cuti cuci mata cccm ini kesampaian.
Selamat Datang ke Cuti Cuti Cuci Mata
Cuti Cuti Cuci Mata with FIL