Monday, 14 January 2013

Salam Perkenalan Dari Cuti Cuti Cuci Mata (cccm)

cccm sebenarnya telah mula terjebak dengan dunia blog mulai hari ini (15.01.13) antara sebab2nya, baru hari ini cccm tahu macam mana nak buat blog, bagi blog lagi cantik…menarik, dan yang penting lagi perkongsian cerita sesama blogger dapat menambahkan lagi pengetahuan kita. Kita dapat berkongsi pendapat dan cerita, berkongsi tips dan macam2 lagi. Kredit to mr +Fairullah cos bagi kursus 2 hari pada cccm dan rakan2 sejawat yang lain :D
Oleh kerana cccm suka sangat berjalan, holiday sana sini  dan (walaupun mr hubby selalu bising2 kata cccm selalu buang duit) yang penting bila cccm ber ‘holiday’, cccm akan jadi lupa seketika masalah2 yang berserabut dalam kepala otak ni. Biasanya percutian cccm ni bergantung pada bajet, dan cccm akan pastikan yang percutian cccm ini tidak over bajet... bahaya tu. cccm selalunya akan study dulu di internet, cari tips nak bercuti ke mana, bajet nak stand by berapa dan cccm biasanya akan survey dalam blog2 kawan2 yang pernah bercuti ke tempat yang cccm aim….jadi dalam blog ini,cccm akan menceritakan bagaimana cuti cuti cuci mata cccm ini kesampaian.
Selamat Datang ke Cuti Cuti Cuci Mata
Cuti Cuti Cuci Mata with FIL

No comments:

Post a Comment