Pemerintahan Penjajah
Rencana utama: Sejarah Melaka
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah
pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan
strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka
selama 130 tahun.
Pada tahun 1641,
pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan
pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor.
Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai
sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi
lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran
mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda
pada tahun 1824.
Dari 1826 hingga 1867,
Melaka diperintah oleh V.O.C. (British
East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British.
Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satuNegeri Selat (Straits Settlement),
bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan
Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang
kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya
Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh
Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
Sumber
dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
No comments:
Post a Comment