Kedudukan Geografi
Negeri Melaka terletak
di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi,
ia bersempadankan Negeri Sembilan di
utara danJohor di timur. Pulau Besar, Melaka juga
termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah
648,000.
Penduduk-penduduk negeri
Melaka terdiri daripada:
- Bangsa Melayu: 57%
- Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 32%
- Bangsa India, termasuk segolongan kecil
bangsa Chitty
- Lain-lain bangsa, termasuk
bangsa Papia Kristang,
iaitu bangsa Serani yang
berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam
bahasa Cristao (sejenis dialek Portugis yang lama).
Bandar-bandar utama di
negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah
Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari
1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik
Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).
Kesultanan Melaka
Sultan Melaka
|
Tempoh memerintah
|
1400 – 1414
|
|
1414 – 1424
|
|
1424 – 1444
|
|
1444 – 1446
|
|
1446 – 1456
|
|
1456 – 1477
|
|
1477 – 1488
|
|
1488 – 1511
|
Rencana utama: Kesultanan Melaka
Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan
kedatangan Parameswara,
seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400hingga 1424.
Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika
itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang
anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan
memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka.
Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh
pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah,
dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan
Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan
pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah,
Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan
Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi
merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).
Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
No comments:
Post a Comment