Friday, 18 January 2013

Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 5

Makan Time

 Bila dah berendam dalam air tu lama lama, apa lagi semuanya dah kebuluran...sejuk sejuk memang lapar jer perut tu.Maka, family cccm pun makanlah berjemaah.
 cccm nak bagi tahulah, macam biasa kalau dah namanya pun Theme Park harap maklum yang makanannya memang agak mahal sedikit dari biasa. Kalau anak sorang, takpalah kalau nak beli makanan kat dalam theme park ni, kalau ramai ramai sendiri mahu ingat.
 Masa nak masuk dalam theme park ini,pekerja pekerja bahagian cek in sangatlah skema hokey.Beg semua die orang check untuk pastikan yang rombongan cccm x seludup makanan..kalau perasan kat atas meja tu ada plastik kaler biru yang berisi makanan dari rumah, kalau nak tau macam mana boleh terlepas? Biarlah rahsia hehehehe....
 Mana boleh tahan kalau semua orang nak beli,boleh bengkok jawabnya. kami yang seludup makanan pun rasa tak cukup makan.Yerla dok berendam dalam air,mestilah cepat lapar kan..jadi kami cuma beli untuk top up saje perut yg separuh kenyang ni.
Walaupun dalam plastik tapi tetap berebut2 nak makan... yang penting kenyang dan boleh save untuk melencong ke lain plak :D








Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 4

Permainan

Tornado Chaser


Permainan ni sangat best. sesiapa yang nak main Tornado Chaser kena cari partner yang sama saiz untuk balance kan kita waktu dilepaskan nanti. Game ni juga agak extreme dan sangat best.Rugi betul cccm tak buat video waktu main game ni, tapi rasanya tak dibenarkan sebab cccm disuruh pegang pelampung tu kuat kuat.


Nampak tak bangunan tinggi tu? yang tingkat atas sekali untuk landing Tornado Chaser. Ramai sangat orang beratur waktu tu, punyelah jenuh manjat tanga tinggi tinggi tapi memang best sangatlah game ni. jangan lupa cuba tau :D

 My SIL with her husband, jangan pandang sebelah mata tau...memang otai tahap keberaniannya ;)


My son and his cousins <3







[MTV] Hafiz - Ku Akui

I Was Born In Melaka - Part 3


Pemerintahan Penjajah

Rencana utama: Sejarah Melaka
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satuNegeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka


I Was Born In Melaka - Part 2


Kedudukan Geografi

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara danJohor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya MelakaAlor GajahMasjid TanahJasinMerlimauTampin/Pulau SebangAyer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), ValparaisoRepublik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).

Kesultanan Melaka
Sultan Melaka
Tempoh memerintah
1400 – 1414
1414 – 1424
1424 – 1444
1444 – 1446
1446 – 1456
1456 – 1477
1477 – 1488
1488 – 1511
Rencana utama: Kesultanan Melaka
Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun PerakHang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka




Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 3



ATTENTION !!!



Kepada sesiapa yang berada di kawasan berhampiran, cepat cepatlah grab kupon untuk dapatkan 'buy 1 free 1 ticket'... sila refer post Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland Part 1
Masa ini lah boleh bawak family pergi Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland beramai ramai. bila dah bawa family besar, takkan nak tidur hotel plak kopak poket nanti, bolehlah survey homestay cccm yang terletak berhampiran sangat dengan Melaka Wonderland boleh refer Accommodation Homestay cccm berada di Taman Air Keroh Height Melaka.



Tuesday, 15 January 2013

Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 2

Permainan

Antara permainan yang paling best salah satunyer macam kat bawah ni.... gayat seh...


mak mak budak pun boleh join...pertandingan kelajuan paling tinggi :D

Permainan ni dipanggil kamikaze race... memang pun berani mati. cccm mase mula mula dok kat atas tu sayup jer tengok ke bawah..hmmmm,nak turun ke taknak dahlah cccm ni memang gayat orangnyer. kalau cccm naik kamikaze race ni mesti laju gila sebab daya pecutan yang terhasil confirm tinggi ( F= ma)..hahaha sebab mass tinggi maka daya yang dihasilkan pun tinggi ;)

kamikaze race

Akhirnya cccm pun join ipar duai turun sekali....zupp laju sangat seperti yang dijangkakan. Sekelip mata cccm dah sampai ke bawah meminntas yang lain2.seronok sangat rasa macam nak mengulang tapi cccm malas nak memanjat ke atas sane tu,mengah dibuatnye.

amacam,sayup tak? ni baru dalam gambar belum yang life lagi..mase nak ride kamikaze race ni memang dup dap dup dap tapi seronok sangat.jadi bila anda semua datang ke Wonderland Melaka, jangan lepaskan peluang main kamikaze race ini :D











Cuti Cuti Cuci Mata Melaka Wonderland - Part 1

Destinasi percutian yang akan cccm kongsikan di sini adalah lokasi yang paling hampir dengan tempat tinggal cccm di Melaka. Sebelum ini di Melaka terdapat A'Famosa Water World yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Wonderland terletak di Air Keroh Heights iaitu berhampiran dengan pintu masuk ke Melaka melalui to Air Keroh.Setakat ini cccm telah mandi manda di Wonderland sebanyak 4 kali semenjak dibuka. Apa yang menarik kat Wonderland?????
Jom cccm kasi tau:

Tiket masuk
Biasanya cccm akan dapatkan tiket water park ini dengan lebih murah berbanding harga yang tertera kat gambar atas ni. Macam mana nak dapatkan tiket murah buy 1 free 1 tiket? cccm akan pergi ke MATTA FAIR yang biasanya tiap2 tahun dan seluruh negeri pun involved dan cccm akan cari booth wonderland dan akan beli kupon yang berharga dalam rm15...sangat berbaloi ok kalau dapat beli kupon tu.Dalam kupon tu ada 10kupon. 
ok,cccm cuba terangkan sampai kawan2 semua faham.
ada 10 kupon
6 kupon dewasa
4 kupon kanak2
setiap kupon kita akan tunjuk kat kaunter masa nak beli tiket.setiap kupon itu akan dapat tiket masuk ke dalam sebanyak 2 pax.sebagai contoh, cccm ambil satu kupon then bawa ke kaunter untuk beli tiket,jadi bila ada kupon tu cccm cuma bayar rm30 untuk 2pax@2tiket tu....berbaloikan???itu baru satu kupon,yang berharga rm15 tu ada 10 kupon.memang sangat berbaloi.

Permainan
to be continue...... Part 2



I Was Born In Melaka - Part 1

30 tahun yang lepas, cccm dilahirkan di Hospital Besar Melaka,belajar di Melaka dari sekolah rendah sampailah ke universiti.....alih2 bila posting kerja, hamik kau dapat kat Pasir Gudang, Johor. Syukur Alhamdulillah masih lagi berada di Semenanjung Malaysia.
Oleh kerana cccm dilahirkan di Melaka, apa kata cccm perkenalkan dulu negeri kelahiran cccm ini.


Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri BersejarahMelaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11.
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka

Monday, 14 January 2013

Lagu Favorite cccm

Salam Perkenalan Dari Cuti Cuti Cuci Mata (cccm)

cccm sebenarnya telah mula terjebak dengan dunia blog mulai hari ini (15.01.13) antara sebab2nya, baru hari ini cccm tahu macam mana nak buat blog, bagi blog lagi cantik…menarik, dan yang penting lagi perkongsian cerita sesama blogger dapat menambahkan lagi pengetahuan kita. Kita dapat berkongsi pendapat dan cerita, berkongsi tips dan macam2 lagi. Kredit to mr +Fairullah cos bagi kursus 2 hari pada cccm dan rakan2 sejawat yang lain :D
Oleh kerana cccm suka sangat berjalan, holiday sana sini  dan (walaupun mr hubby selalu bising2 kata cccm selalu buang duit) yang penting bila cccm ber ‘holiday’, cccm akan jadi lupa seketika masalah2 yang berserabut dalam kepala otak ni. Biasanya percutian cccm ni bergantung pada bajet, dan cccm akan pastikan yang percutian cccm ini tidak over bajet... bahaya tu. cccm selalunya akan study dulu di internet, cari tips nak bercuti ke mana, bajet nak stand by berapa dan cccm biasanya akan survey dalam blog2 kawan2 yang pernah bercuti ke tempat yang cccm aim….jadi dalam blog ini,cccm akan menceritakan bagaimana cuti cuti cuci mata cccm ini kesampaian.
Selamat Datang ke Cuti Cuti Cuci Mata
Cuti Cuti Cuci Mata with FIL